Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, April 18, 2017

Strong Woman Do Bong Soon


Drama genre kesukaan aku
Romantic Fantasy Comedy


Kalau yang tak biasa tgk drama & filem Korea
Akan terasa yang pelakon2 drama ni cam pelakon baru..
Tak sebenarnya..
Depa ni semua pelakon lama..
Cumanya sebelum ni bukan pelakon utama..



Bong Soon tu heroin..
Dia ada kuasa sakti yg diwarisi dari family belah mak dia..
Setiap anak perempuan..
Akan dapat kuasa KUAT luar biasa..
Ni betul2 kuat.. Cam lori tu dia boleh angkat alih..
Tapi kuasa ni ada kelemahannya..
Tak boleh di salah guna..
Dan tak boleh cederakan orang yang baik..
Jika tidak, kuasa tu akan hilang..


Kuasa Bong Soon ni takde sapa tahu..
Dia kalau tolong orang pun senyap2..

Satu hari, dia bantu seorang pemandu bas yang kena buli dengan samseng..
Dia belasah samseng2 tu guna kuasa dia..
Kebetulan, hero Ahn Min Nyuk ada kat situ dan jadi saksi..


Oleh kerana terlalu kagum dengan kuasa heroin..
Hero ambik heroin jadi bodyguard dia..
Kebetulan dia sedang diekori dan asyik menerima panggilan ugutan..

Hero ni anak orang kaya..
Tapi dia bukan anak bini pertama..
Adalah sikit konflik dengan family dia..
Tapi itu bukan plot utama drama ni..
Adalah selit sikit-sikit..

Hero juga adalah pemilik AnhSoft Company..
Syarikat yang mempelopori online game & apps di Korea..
Kiranya dia ni seorang yg berjaya wpun tanpa bantuan keluarga..



Mula-mula Bong Soon ni tak nak..
Sebab dia ada cita-cita lain..
Tapi disebabkan gaji mahal..
Dia terima juga kerja bodyguard tu..

Lagi pun, hero janji kalau prestasi dia okay..
Dia akan jadikan heroin permanent staff...
Dan letakkan dia di bahagian Strategic Department..
Untuk membolehkan heroin mencipta online game spt yg dicita-citakan.



Ni pulak 2nd hero... Gook Doo
Kawan dari zaman sekolah heroin..
Heroin ni suka sangat ke dia..
Malangnya dia tak perasan..

Sampailah nanti bila heroin dan suka hero..
Baru nak sedar..
Malangnya dah terlambat!!!


Gook Doo ni pegawai polis..

Dalam drama ni, ada satu kes penculikkan dan pembunuhan yang berlaku di kawasan tempat tinggal heroin..

Ini yang menyedap dan menjadikan drama ni agak thriller sket..

Pasal apa?!! Itu kena tengok sendiri,,




Secara keseluruhannya..
Drama ni best dan lain sket dari yang biasa..

Tau dak...
Drama ni takde 2nd heroin yang biasanya jahat dan tergila-gilakan hero..
Takde juga cinta terhalang sbb herokan anak orang kaya..

Yang ada 2nd hero yang juga suka pada heroin..
Dan dia bukan hero jahat :)

Berbaloi untuk ditonton..

Oleh itu, silalah!!
.
.
.
.

No comments: