Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Sunday, March 20, 2016

Cheese In The Trap


Satu lagi drama yang diadaptasi dari webtoon..
2 hari 2 malam aku pulun tengok drama ni..
Dah laa tak boleh langkau2 lak tuh..
Sebab takut tak faham..

Genre drama ni..
Susah juga nak cakap genre drama ni..
Bukan romantic comedy..
Romantic la juga..
Thriller pun ada sket..
Webtoon ni sebenarnya belum tamat lagi..
Aku harap laaaa sangat..
Drama ni ada sambungan..


Ni teraju utama Cheese In The Trap - CITT
Episod 1-14..
Sendiri tengok pun boleh confuse..
Hero ni dah kenapa?!!!!

Drama ni berkisar pada cinta zaman universiti..
Mengimbau sangat tau!!!


Ni hero...
Aku rasa ni kali pertama kot dia jadi lead..
Sebelum2 ni boleh jumpa dia dalam drama My Love From The Star..
Dengan Dr Stranger.. dia jadi 2nd hero..

Bila dia jadi hero ni..
Baru nampak hensem giler kot dia nih...
Paling hensem bila dia senyum..
Gila bayang wei!!!!!

Dalam drama ni watak dia nama Yoo Jung..
Dia seorang yang cukup sempurna..
Anak orang kaya.. hensem.. pandai.. popular...


Ini pulak heroin...
Dia ni kadang2 je nampak lawa...
Sebelum2 ni takde drama kot dia berlakon..
Dia ni dari film scene..
Banyak berlakon filem je..
Selalunya heroin filem ni mmg kurang lawa..
Tapi berlakon pandai..

Mula-mula aku igt Bae Suzy Miss A..
Sebab iras sangat..
Cumanya orang tu mata dia bulat..

Heroin ni cam biasa laa..
Mesti bertentangan dengan hero..
Kurang lawa.. tak popular.. miskin.. banyak masalah hidup..
Tapi nasib dia ni pandai..


Perbandingan hero dengan webtoon..
Iraskan.. pandai depa cari pelakon..

Dia ni awal2 nya tak suka pun heroin..
Heroin lagilah benci dia..
Sebab dia ni hensem, baik, cool..
Tapi cam ada yang tak kena..

SANGAT TAK KENA!!!!

Aku yang tengok ni awal2 pun keliru..
Apa yang tak kena dengan hero ni..
Rupanya dia mmg ada masalah..


Ni 2nd hero...
Alaa... dia ni bila nak dapat jadi lead ek..
Dalam drama ni aku rasa watak 2nd hero lagi kuat dari hero..
Tapi sebab hero sangat sweet dan romantik..
Aku sokong hero dapat heroin..

Dia ni ada kena mengena dengan zaman silam hero..
Pastu di zaman kini..
Dia berjiran pulak dengan heroin..
Mula2 tu dia okay je setakat berkawan dengan heroin..
Sampai dekat tengah2..
Dia suka pulak heroin..

Hai laaaa....

Dia ada kakak...
Kakak dia watak hitam dalam drama ni..
Menyakitkan hati!!


Ni dua kawan baik heroin...


Yang depa dua ni lagi pelik..
Hero benci heroin..
Smpi dia sanggup penaya heroin..
Hero ni licik tau.. licik sangat...
Sampai apa salah dia buat pun..
Akak sebagai penonton ni..
Cepat je nak maafkan dia..

Dah kenapa?!!! :))


Heroin pulak benci hero..
Sampai dia sanggup cuti 1 semester..
Supaya tak jumpa lagi hero..
Sebab hero ni senior dia..
Kira ada 2 sem lagi nak grad dari U..
1 sem kelas.. 1 sem praktikal..

Ntah camne...
Heroin tiba2 dapat scholarship untuk sem yg dia nak drop tu..
Nak tak nak dia terpaksalah masuk balik..

Lepas dari dia masuk balik ni la..
Cam2 hal jadi..

Memang ada yang tak kena dengan hero..
Kalau tengok drama ni tak boleh skip2..
Kang tak faham..
Sebab drama ni suka flashback bg jawapan tengah2 drama..


Tup-tup..
COUPLE!!!!

Bermula laa perjalanan cinta pertama yg suweeeetttt sesangat...
Pasalnya heroin ni tak pernah ada boyfriend..
Bila dapat boyfriend.. terus yang gred A.. stok buat laki..




Tapi dalam romantik2 dia tu..
Dengan hensem nak mampus tu..
Masih ada yang tak kena!!!

Dia ni cam ada masalah terpendam..
Susah aku nak cerita..
Korang kena tengok sendiri..

Aci kerat kuku laaa..
Confirm angau dengan Park Hae Jin ni...
Aku siap tukar wallpaper handphone jadi gambar dia tau

:))

.
.
.

2 comments:

gigibesi said...

Salam..caman nak oder dvd2 ni? Tajuk2 ygvlama masih jual ker? Hrga mcmana

Zalia Hezlin Abolah Zawawi said...

whatsapp saya 0125865752