Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, September 22, 2016

Bring It On Ghost


3 hari aku marathon tgk drama ni...
Alhamdulillah.. best!!!  :)

Ini kisah seorang pemburu hantu..
Dia bukan buru sesaja..
Dia buru untuk hapuskan dan dapat bayaran...

Duit tu pulak dia kumpul untuk buang kebolehan dia menangkap hantu..

Hero seorang pelajar kolej..
Dia yang ada kebolehan nampak hantu..
Dan dia memang buat servis untuk bunuh hantu..
Tetapi dia pilih2 hantu..
Yang senang2 je dia ambik..
Hantu yang ganas-ganas dia tolak..



Satu hari dia dapat panggilan dari seorang perempuan..
Yang nak dia buangkan hantu kat sekolah..
Dia pun pergilah..
Kat sana dia berjaya bunuh hantu tersebut..

Tapi...

Rupanya perempuan yang call dia tu pun hantu juga..
Iaitu heroin..

Dia ialah hantu yang tak ingat lansung asal usul dia..
Dan macamana dia boleh jadi hantu...

Lepas pada tu...
Dia ikut hero ke mana saja..
Sebab dia rasa hero boleh bantu dia igt balik kisah silam dia..


Hero ni pulak.. anak yatim..
Mak dia mati masa dia kecik..
Dibunuh hantu..
Ayah dia pulak menjauhkan diri dari dia..
Dan dia dijaga oleh seorang sami..

Sami ni tahu yang hero ni boleh nampak dan bunuh hantu..


Ini heroin... Dia hantu...
Tujuan asal dia ikut hero..
Untuk tahu kenapa dia mati..
Dan supaya dia boleh segera naik ke langit..

Tapi dia ni walaupun hantu..
Agak pelik sket..
Sebab warna kulit dia tak cam hantu..
Dan dia takde power cam hantu-hantu lain..

Ikut punya ikut hero tu..
Last2 dia suka pulak pada hero..

Sayangnya hero pulak suka pada orang lain...



Yang  ni hensem tapi jahat!!
Dia ni sebenarnya manusia yang badannya dah diambil alih oleh kuasa jahat..
Cam ada split personality..
Depan orang kemain baik.. kemain sweet..
Rupa-rupanya jahat kemain..


Dalam setiap episod..
Banyaklah hantu yang depa tumpaskan..
Selain daripada cuba mencari kisah sebalik kematian heroin..
Dan beberapa lagi kematian yang disebabkan oleh hero jahat..


Hero ni last-last suka juga pada heroin..
Tapi itu laa pulak..
Sorang manusia.. seorang lagi roh..

Dapatkah mereka bersama akhirnya?!!

Kenalah tengok..

meh order meh ;)
.
.
.
.

1 comment:

Black Stallion said...

kalu beli dapat cd ke cmne?