Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Thursday, August 25, 2011

TQ Inche Izman :)


Apa isi kat dalam..
Kena dtg raya umah aku tengok :))

Mami dapat..
Hasya pun dapat..

TQ PAPA !!

Berbaloi mami rajin memasak puasa kali ni taw..
Tak dapat Habib..
Poh Kong pun dah besar rahmat :)
.
.
.


Tuesday, August 23, 2011

Aku tak suka sebenarnya...

Benda yang aku buat ni dah berlanjutan 2 tahun..
Terasa bersubahat sama la pulak..

Alkisahnya... ni kisah rumahtangga orang lain..
Tak pasal2 aku terpalat sama..

Ops.. jangan nak speku aku ada skandal lak..

Kesnya..
Seorang pakcik ni yang dah bercerai dengan isteri dia..
Lebih kurang 2-3 tahun la jugak..

Tapi, yang aku tak suker tu..
Sampai skang dia masih mengganggu hidup bekas isteri dia ni..

Kalau bekas isteri dia ada kuar ngn sapa-sapa..
Dia sanggup tu hantar surat layang pd keluarga lelaki tu..
Burukkan ex dia macam-macam..

Pastu, skang ex dia tak duduk sini lagi..
Dah pindah KL..
Pagi ni pakcik ni datang..
Wat satu surat layang lagi..
Untuk dihantar kepada bank..
Lebih kurang ex dia ni ada beberapa hutang kat bank yg belum setel..
Maybe lepas dia pindah dan tukar no hp.. bank x dpt contact..
So, pakcik ni dengan baik hatinya..
Pi bagi semua detail2 terkini ex dia pada semua bank..

Aku terlibat celah bedah mana?

Aku laa tukang pembuat surat-surat layang tersebut..
Aku yang taip.. aku yang print..
Kadang2 aku yang pi pos..
Hari ni.. tugas aku lak pi fax ke bank-bank berkenaan..

TAK SUKA!!!!!

Tapi tu laaaaa..
Kang tak buat, pakcik ni komplen aku smpi ke Parlimen lak kang..
Kata PID berkhidmat untuk masyarakat..

Pastu aku lak dah tau perangai psiko pakcik ni..
Wat nyer dia dendam aku pulak..
Tak pasal2 kang rumahtangga aku lak berantakkan..
Dah laa hobi dia tulis surat layang...

Huhuhu..

Kacau mood aku jelah pakcik ni!!!
.
.
.

Monday, August 22, 2011

Sangat sedap..


Kedai Kek Kam Leng, Tg Malim..
Sudah ada tambahan 2 kek perisa baru..
Kek Mangga dengan Cheese Cake..

Dan... cheese cake nyer..
Adalah sangat sedap!!!

Sekian,

dari akak yg lemau nak hapdet blog ;)
.
.
.

Terlebih ni..

Terlebih petai ni kot..
Kepala aku pening dari lepas sahur tadi..
Angin petai dah naik kepala ler ni..

Semlm berbuka umah mak aku..
Sambal udang petai..
Dah belasah cukup2..

Pastu balik umah, Inche Izman cakap MIL aku kasi lauk sahur..
Wah.. sambal udang petai jugak..
Belasah lagi..

Skang sakit kepala nyup nyap nyup nyap..
Yg Hasya terkentut-kentut..
Maklum laaa.. minum susu petai :))
.
.
.

SUPER MAMI :)

Adeih... phening i tau..
Pos Laju dah tukar jadi Pos Siput...
Jenuh org bertanyakan..
Mana pi bahan bakar depa tak smpi-smpi..

Skang ni kat FB..
Ada banyak status-status yg bgtau..
Bahawa pompuan, nak2 yg dah jadi mak..
Lebih hebat dari kaum bapa..

I setuju banget hokay!!

Tak nak kupas isu2 mengandung.. beranak.. menenen.. jaga anak..
Itu topik-topik perbincangan biasa..
Lagipun itu dah tugas hakiki seorang wanita..

Idea nak tulis ni muncul masa aku tengah dalam toilet pagi tadi :)

Pagi ni Khaleef takde sbb dia tido umah nenek..
So, agak kelam-kabut dengan Hasya tak leh tinggal sorang..
Jam dah 7.45 pagi..
Perut aku lak sakit.. Inche Izman nak mandi..

Teringat aku masa Khaleef baby..
Time tu aku masuk keje lambat..
So, aku tgu Inche Izman g keje dlm 8 lebey..
Pastu baru aku bersiap..

Segala aktiviti dalam bilik air..
Dilakukan seperti biasa..
Yang lainnya..
Khaleef ada kat depan pintu bilik air..
Dalam bouncer, tgk tiger show mami dia :))
(sila jgn imejin bukan2.. i berkhemban hokay)

Skang dah tukar pulak..
Sebab aku ngn Inche Izman gerak sama waktu..
Takkan laaa aku nak tiger show lak time laki ada kat umah..
Kang ada yang ganti puasa 60 hari tanpa henti :))

Selalunya Hasya akan dijaga oleh Khaleef..
Dan masa yang ada utk Hasya leka..
Lebih kuang 120 saat bersamaan 2 minit je..

Kalau kena pagi tu sakit perut.. sambil membuang tu..
Gosok gigi.. cuci muka..
Kalau makan masa sket.. mandi siap "atas" tu..
Sambil tu telinga ultrasonic diaktifkan..
Dengar2 kot anak menangis ke hape..

SuperDad bley gitu?!!! ;)
.
.
.

Sunday, August 21, 2011

Heartstring :)

Tetiba mood nak layan drama Korea muncul..
Igt lagi tak You're Beautiful (Jang Geun Seok)..
Untuk sapa-sapa yg tak puas hati pasal 2nd hero tak dapat heroin..
So, drama ini WAJIB TENGOK hokay :)
Heroin yg sama.. Hero - Jung Yong Hwa (CN Blue), 2nd hero YAB..

Drama ni genre musical romantic comedy..

Kisah student College of Performing Arts ler kot..
Sebab kat situ.. ada fakulti2 yang melibatkan seni persembahan jer..

Hero, dari Fakulti Applied Music..
Ada band sendiri The Stupid.. (SEETOOPID)
Menjadi kegilaan boleh kata semua student pompuan kat kolej tu..

Heroin pulak, dari Fakulti Muzik Tradisi..
Merupakan cucu seorang lagenda muzik tradisional Korea

So, atas sebab perbezaan genre muzik..
Depa dua ni selalu ler berselisih faham..
Sampai laa satu hari depa betting..
Sapa kalah akan jadi org suruhan yang menang selama 1 bulan..

Masa jadi org suruhan ni laa..
Tetiba heroin rasa suka lak kat hero..
Tapi, time ni hero dah ada orang kesukaan..
Pensyarah kat U tu..
Tapi pensyarah tu tak layan dia pun..

Oleh sbb kecewa..
Heroin tekad untuk berhenti suka pada hero..
Tapi tetiba hero cakap kat dia..
"TERUSLAH SUKA PADA SAYA!"

Oooo.. rupa-rupanya hero dah suka pulak pada heroin :)

Citer ni best :)

Lagu OST pun sedap-sedap belaka..
Kebanyakkan lagu dinyanyikan sndr oleh heroin dan hero..
Yang best sekali.. Time hero main gitar..
Fallin in love!!!!!

Synopsis

Lee Shin is a university student majoring in modern music. He is also the vocalist and guitarist of the band “The Stupid.” Shin is known for his good looks and strong passion for music, but in reality he is cold, lacks interest in anything unrelated to music and has neither dreams nor plans for the future. He initially likes Jung Yoon Soo, a dance professor at university, but this all changes when he meets Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won is a bright and outgoing student who was born into a prestigious family and is majoring in traditional Korean instruments, especially the gayageum. Kyu Won’s grandfather, Lee Dong Gun, is one of the top 3 traditional musicians of his age and his biggest wish is to see his granddaughter become a traditional music prodigy. Trying to live up to her grandfather’s expectations, Kyu Won immerses herself in training and becomes a university student who knows nothing outside of her studies. As her friends are fans of “The Stupid”, she was forced to go to the band’s concert with them. There she saw Lee Shin performing live, and is immediately captivated by him.



Khaleef dah 5 tahun :)




Memang rasa pejam celik pejam celik je..
Tau-tau dah ada anak bujang..

Tahun ni takde banyak celebration..
Hanya 1 kali sahaja..
Mami kan on diet.. mana leh kek banyak2.. :))

Tahun ni.. tahun ke-3 besday Kalep bulan puasa..
Tahun depan tak kena dah kot..
Harap-harap laaa..

Tahun lepas, wpun bulan puasa..
Tapi pasal dia sekolah Cina, sambut jugak ramai2..
Tahun ni takde laa sambutan kat sekolah..
Sebab kawan2 dia yang umur 6 tahun semua puasa..

Hadiah?!!

Mami bagi Ipad look a like :)
Jadi laaa.. janji boleh online..
Pastu boleh main Android games...

Nenek bagi helikopter remote control..
Aki bagi senapang seperti gambar di atas..
Mak Long kasi satu set baju Harimau Malaya..
Wan kasi duit..

Papa?!!

Dia belum ada niat nak beli apa..
Tapi mami dah niatkan siap-siap..
Mami dah siap jenguk lagi kat Al-Ikhsan..
Nak tunggu bonus Pos Mesia masuk je nih ;)
.
.
.


Thursday, August 18, 2011

Perkembangan Program Diet Ramadhan Minggu 3..


Selepas minggu pertama turun 3kg...
Pastu minggu kedua naik 300 gram..
Pada minggu ini, turun balik sket 200 gram..

Hehehe.. tu baru berat angin je tu..
Tapi dah hampir sangat dengan sasaran 115kg :)

Hampir tak hampir laaa..
Ada lagi 1100 gram untuk diturunkan..

Skang ni badan ok.. susu agak ok..
Cuma hari2 ada minor pening2..
Biasa laa tu, bila badan tak cukup air..
Nak-nak lak, Hasya dah serap semua air dan kalsium badan mami dia ni..

Awat tak serap lemak sekali nak oii..

Hasya masih underweight tau..
Berat dia 7 bulan, baru 6.4kg..
Rasa lengan mami dia berat lagi dari tu..

Tak kisah laa..
Janji Hasya sihat dan ceria serta tido awal setiap hari :)
.
.
.

Tuesday, August 16, 2011

Sudah pandai bawa diri


Sudah mula diasuh supaya pandai membawa diri :)
Maklum laaa... mami ko ni, siang wajib tido wpun kejap..
Pastu keje-keje membakar kadang2 bawak ke rumah..
Lagi keje-keje memuat-turun..

Syaratnya senang je..
Kasi dia susu kenyang-kenyang..
Pastu dah boleh bawa diri sendiri..

Abang Kalep lak jadi pengawas..
Pesanan aku kat abang Kalep..
Kalau adik buat perkara-perkara di bawah..
Cepat-cepat kejut mami..

1- Hisap @ kutip sesuatu yang bukan mainan dia
2- Cuba untuk duduk (takut dia terlentang)
3- Merayau jauh dari kawasan mami tido
4- Cuba bangun dengan pegang meja @ sofa
5- Main laptop mami

Aku pun takde laa tido sampai masuk dalam bilik..
Ada je situ.. tido pun.. tido-tido ayam je..
Mata aku masih kerling lagi Hasya pergi..
Kalau Papa dia ada.. baru aku dengan senang hati masuk bilik..
Pesanan untuk papa senang je..

Dia nangis nak susu baru anta masuk bilik :)
.
.
.

Sunday, August 14, 2011

Mama saya memang TERBAEEEKKK dalam dunia :)

On the way ke Sogo & Shah Alam..
Bincang2 kereta laa dengan adik aku..

Konon-konon nak menguruskan badan..
Supaya dalam gambor..
Satu family nampak cun giler..
Elok yg dah beranak dua.. dah beranak tiga..

+


Ye betul..

Hajah Norlia, mama saya yang paling terbaik..
Paling sayang pada saya..
Tak rela tengok anak dia bersusah payah panjat tangga g gym..
Lagi petang Jemahat nak aerobik kat kedai Avail Tg Malim..

Telah membelikan kedua-dua barang di atas di Ogawa :)

Time tu dekat Giant..
Tengah survey2 gelang emas utk Hasya kat Tomei & Wah Chan..
Habib tak layak utk baby anak org biasa-biasa ni :)

Tetiba.. 2 orang mamat ni approached akak..
Biasa laa kan..
Tengok badan cam guni beras overload..
Pastu dok jengah2 kedai emas lak tu..
Maybe dia beranggapan.. akak akan terpengaruh dengan pujuk rayu depa..
Mengabaikan gelang emas utk Hasya..
Dan membeli treadmill untuk akak..

Jawapan akak mantop hokay..

"ADIK, KORANG PUJUK AKAK SAMPAI KIAMAT PUN.. AKAK TAKKAN BELI BENDA-BENDA YANG BERPOTENSI TUMBUH BELALAI DAN BERTUKAR MENJADI GAJAH NI.."

Tapi mereka tidak berputus asa..
Pujuk lagi.. pujuk lagi.. pujuk lagi..
Kalep ngn cousin dia.. 2-2 dah naik atas benda ni..
Exercise laa sangat!!!

Mak aku jauh sket time tu..
Dia tengah belek benda lain..

"KALAU ADIK NAK PUJUK.. PI PUJUK MAK AKAK TU.. DIJAMIN 89.99% AKAN BERJAYA PUNYA.. "

Dan, mereka pun berjaya..


Lagi 7 hari..
Camni laaa akak kat humah hokay..
.
.
.

MENYOGO!!!

Bersemangat waja..
Sabtu.. pepagi buta dah siap..
Nak shopping bersama Hajah Norlia dan adik bongsu aku..

Plan asal nak ke Shah Alam sahaja..
Tetiba malam sebelum nak gi tu..
Sue Jusoh SMS aku..

ZEL WOI, DAH GAJI!!!!

HOKAY, plan berubah...
Jom menyogo!!!

Golongan-golongan biasa cam aku ni..
Kalau g KL.. mmg tak reti Garden ke.. Pavillion ke..KLCC ke.. Midvalley ke..
Aku tau SOGO je..

Sampai dalam kul 10 gitu..
Jalan searea situ dah jammed banget..
Nak cari parking hazab..
Last2 parking kat CIMB sebelah Sogo tu..

Pastu tegar hokay..
Sorang dlm carrier.. sorang aku pegang sekuat boleh..
Maklum laaa..
Orang Malaysia dalam Sogo tu..
Bagaikan tengah berebut barang FREE!!!

Pastu dah susah nak shop-shop..
Yelah anak 2 nak pegang aku sorang..

Last2 main kaut-kaut je baju..
(Wah.. peeeelinggg kaya banget main sauk je..)

Pastu pening rasa nak pitam beratur panjang nak bayar..

Tiba-tiba ada lelaki Cina baik hati ini..
Telah menarik aku ke depan..
Siap cakap ngn org2 yg tengah beratur tu..

"KASI INI KAKAK DULU.. SIAN SAMA DIA"

Hehehe.. mau tak kesian..
Anak 2 dok pegang kejap..
Barang2 aku peluk je sbb kalau pegang bakul.. tak leh pegang Kalep..

Maka, dapat laa aku fast lane bayar cepat :)

Apa aku beli?

Baju Hasya.. suar Kalep.. baju Hasya.. baju Hasya..
Skirt Hasya.. Baju Hasya.. Hasya.. Hasya.. Hasya..

:)) maklum laaa tengah jangok lagi ni dpt anak pompuan..
.
.
.

Thursday, August 11, 2011

Perkembangan Program Diet Ramadhan :)

Mentang-mentang takde sesi timbangan mingguan..
Sampai lansung takde hapdet :)

Meh-meh nak citer..

Masa mgu pertama..
Diet dihujani masalah susu takmo keluar..
Tak tau laa sebab diet ke..
Sebab puasa ke..

Maka pelbagai booster di ambil untuk meningkatkan production...

Tetiba, masuk Jumaat.. demam laa pulak..
Agak teruk jugak demam..
4 hari..

Sekali timbang.. turun 3kg hokay :))
Dari 119.1kg ke 116.1kg..

Masuk minggu kedua...
Diet miet ni terpaksa diabaikan sedikit demi sedikit..
Susu untuk Hasya lebih penting..
Dah bape kali, hampir membuat keputusan untuk beli susu FM..
Sebab susu beku pun tak banyak..
Lepas laa takat 10 hari..
Dah ler skang ni hari2 pakai susu EBM sbb susu fresh tak cukup..

Namun..
Wpun terus makan seperti biasa..
Masih berjaya mengekalkan 116.1kg sehingga pagi tadi :)
Jadi laaa...

Tapi, kalau boleh..
Nak 115kg di pagi raya..
Sikit je tu kan ;)

CHAIYOK!!!
.
.
.

Wednesday, August 10, 2011

Your Shoulder & Sirap

Banyak blog yang mengimbau hari raya..
Aku pun nak wat imbauan jugek..

Nak imbau kuih2 yg mak aku masak..
Dah lama mak aku tak buat kuih..
Dia masak pun yang simple-simple je skang ni..

Sejajar laa dengan 3 orang anak dia yg boleh tubuhkan..
Bluehyppo Club :))

Ni laa kuih peberet aku..
Kuih Your Shoulder dlm bahasa Hinggerish..
Dalam bahasa Melesia nyer..
Kuih BAHULU :)

Kat kampung Kuala Kurau nun..
Ada org yang terer sangat buat kuih ni..
Tapi bukan bentuk ceremai ni..
Bentuk ikan..

Kalau balik kampung mesti beli punyer..

Ini kawan kuih your shoulder..
Iaitu air sirap sejuk..
Teh O panas pun okay jugak..
Tapi, Kak Zel lebih gemar sirap sejuk sbb bahulu tak lembik sgt..

Time kecik2..
Kalau g umah orang..
Ada 2 benda ni..
Memang aku bantai sampai kosong balang..

Pastu siap laaa..
Mesti Cikgu Norlia (masa tu lum Hajah lagi)..
JEGIL mata sambil jejemari tak berapa runcing dia tu..
Mengetam peha aku :))

Kat rumah kan ada!!!

Lain.. tak sama membelasah kuih dan sirap di rumah orang..
Dengan membelasah kuih dan sirap di rumah sendiri..

Skang giliran aku lak mencegil..
Tiap kali Khaleef wat perangai perabih biskut Hup Seng kat rumah orang..
Padahal kat rumah sendiri 3-4 bungkus biskut tu ada wat stok..
.
.
.

Segmen Tajaan - Kedai Kek Beatty

Tugasan mencabar sbb kena wat bulan puasa...
Dah ler akak ni penggemar kek..
Kalau tak pasal berat dah 119kg..
Mmg semgu sekali aku beli kek sebiji aku sorang makan..

Kek kat kedai Beatty ni..
Korang tengok gambar pun dah tau sedap..
Dia leh wat apa2 kek yg ada kat SR..
Choc Indul ke.. Cheese cake ke.. Oreo Cheese ke..
Banana Choc..Brownies Coco Mousse..
Strawberry Mousse.. Cappuccino Coffee Swirl Cheesecake..

Kalau pi layan gambar2 kek kat FB dia..
Confirm keyboard lencun dengan air liur..
Nak-nak bulan puasa ni :)

Lagi kek yang ada..
Carrot cake.. Choc moist... Velvet Marble..

Akak dah berangan ni nak tempah Red Velvet kat dia utk raya :)
Dan..
Jangan sapa2 dtg raya umah i hokay time RV tu ada..
Mmg tak bukak pintu punya..

Biskut raya pun ada..
Tapi tak pasti laaa tempahan masih diterima atau tidak...
Kena contact tokei kat dia punye FB..
Blog ada.. tapi lum siap sepenuhnya..

INI FB DIA - sila klik

Cheese Cup Cake pun ada...
Beraneka perisa dan rupa..
Sapa-sapa berhajat nak wat umah terbuka nanti..
Leh laa order CC kat Kedai Beatty ni..

Jangan lupa jengah FB dia hokay :)

.
.
.




Cam best je...


17 August.. mmg ada hal nak ke Shah Alam..
Pastu Inche Izman tak ikut lak tu :)

Harus ke tak harus?!!

Akak rela berkorban tak beli baju raya ini tahun..
.
.
.


Tuesday, August 9, 2011

Sian abang...

Semlm.. Papa naik angin kat Kalep..
Dah laa tak nak wat keje sekolah..
Pastu dia pi taburkan pensil warna satu rumah..
Yang si adik.. cepat jelah ambik pensil2 warna tu masuk mulut..

Bila papa suh kemas..
Lagi di sepak-sepak nyer warna2 tu..

Lama-lama-lama..
Papa pun naik angin..
Kena laa Kalep sedas..

Kemain laa menangisnya..
Maklum ler.. papa jarang sangat2 pukul Kalep..
Last papa pukul rasanya 2 tahun sudah..

Jangan mami dia..
Selang 2-3 hari mesti kena punya..

Tapi tangan papa ngn tangan mami mana nak sama..

Mami ni tahap debik-debik manja je..
Tangan 2 tahun tak pernah jentik anak..
Lain sket :)

Sedih Kalep pun satu macam..
Yelah.. selalu papa gertak2 je..
Ni kena betui-betui..

Mami pun sama sedih jugak..
Pelikkan.. kalau aku yang pukul tak sedih pun..
Papa pukul aku lak sedih..

Tapi kali ni takde laa sampai mami meraung sorang2 dalam bilik air..
Cam 2 tahun sudah..

Sebab cam rasa mmg perangai Kalep agak melampau sejak kebelakangan ni..
Kerja sekolah dia dah bertapuk-tapuk tak buat..
Pastu kuat melawan satu macam..

At least dah kena ni..
Peringatanlah buat dia supaya jadi anak yang baik..

Tapi pagi tadi on d way ke sekolah..

"MAMI, BOLEH TAK MESET PAPA..
TULIS PIBEDAY KALEP, NAK HELIKOPTER KONTROL"

:)

Bagus.. maknanya dia tak simpan dendam..

Nanti mami usahakan ye helikopter tersebut..
.
.
.

Monday, August 8, 2011

Segmen Kecik Tapak Tangan - Kedai Syazwani Ibrahim

Thanks to Syazwani Ibrahim..
Yang hadiahkan Hasya headband yg cute ni..
Belum muat betul lagi..
Harap2 raya dah boleh pakai seeloknya..



Selain yang dipakai oleh Hasya..
Ada puluhan lagi design yang boleh didapati di FB Syazwani ni..
Kalau mahu anak anda bergaya luar biasa..
Boleh laa tempah headband yg cute giler ni..

Tapi akak tak pasti tempahan masih diterima atau tidak..
Boleh lawati FB Syazwani Ibrahim..
Add dia dan message tanya pada tokei..

Pada yang berminat mendapatkan Cheese Powder..
Dia pun ada jual..
Akak semalam bantai makan dengan goreng pisang hokay..
Tak larat dah nak tumbuk2 cili wat sambal kicap hape bagai..
Pakai cheese powder ni lagi senang..
Bancuh.. pastu letak sebelah goreng pisang..
Banana Fritter & Cheese Sauce..
Humang.. baca nama dah tau sedap nak mampssssss...

OK..

Singgah jangan tak singgah :)
.
.
.




Sunday, August 7, 2011

M.A.L.A.S

Sejak puasa ni..
Malas tul nak hapdet blog..
Malas tul nak masak..
Malas tul nak kemas rumah..
Malas tul nak lipat kain..

Kalau Hjh Norlia baca ni.. konpem dia jerit..
SELAMA NI RAJIN SANGAT KE KO PUN !!!

OK..

Dah nama pun malas..
Ape kehei nak hapdet pepanjang laks..
.
.
.

Asyik jatuh je skang ni...

Minah ni..
Merangka tak seberapa..
Seminggu ada laaa 3-4 langkah rangkak nyer..

Tetiba weekend ni..
Angkat bontot igt nak merangkak..
Rupanya dia DUDUK!!!

Kadang2 lepas laa duduk tu..
Tapi yang banyaknya.. lepas duduk terus terlentang..

Pastu kanga laaa spt biasa..
Pagi ni smpi demam2..
Punya nak belajar duduk..
.
.
.

Thursday, August 4, 2011

Sangat-sangat MAAF


Untuk penempah bahan bakar..
Nak-nak yang dah bagi duit..

Aku minta maaf ler sangat-sangat..
Ada yang dah lewat smpi seminggu..

Rasanya ni laa kali pertama aku pending order lama giler..

Awal minggu ni..
Internal burner aku wat hal..
Boleh baca tapi tak boleh bakar..

Menggagau laa nak cari sumber2 kewangan..
Maklum ler baru balik holiday..
Dah tu holiday sambil menyopping persiapan raya..
Mana tak pokai..

Namun, external pembakar sudah berjaya dibeli 2 hari sudah..
Skang tengah menggigih giler menyiapkan tempahan..
Malam bersengkang mata hokay..
Dah ala-ala pembuat kuih raya :)

Anyway, sorry ye..
Sabtu ahad ni aku akan memulun sehabis baik..
Hopefully mgu depan semua sudah STRIKE :)
.
.
.

Sekali lagi..


Demam.. batuk.. selsema.. sakit tekak..
Cam baru je kena hari tu sblm puasa..
Balik smlm hidung dah tersumbat..
Malam sakit tekak..
Bangun pagi ni terus kepala berat..

huhuhu.. takkan antibodi aku sumer dah pergi ke Hasya..
.
.
.

Sepetang menganalisis...

Heheheh.. nampak sangat takde keje..

Aku dapat tau pasal depa ni..
Masa tengah layan nasi kandar Subaidah kat Penang nun..
Tak sedap pun..
Separuh pinggan pun tak habis..

Inche Izman layan mee goreng basah...
Komen dia..
Kalau Restoran Seri Melur Tg Malim buat cawangan kat Penang..
Abih laaa restoran Subaidah tersebut..
10 kali lebih sedap Mee Goreng Mamak Seri Melur..

Ok, sudah jauh melalut..

Apa pun..
Mereka berdua sangat kasihan..
Siapa salah.. siapa betul..
Tunggu laaa.. nnt masa akan membongkar segalanya..

I mmg venci lelaki2 yg mudah lupa diri..
Tapi I venci jugak gadis2 yg mencanang sangat...

Anyway,

CITY HUNTER sudah ada ready stock..
Tak banyak.. (sgt tak bermaya nak membakar)
Kira sapa cepat dia dapat..
.
.
.

Wednesday, August 3, 2011

HADIAH PEMENANG PD50H

Tempat Pertama

1- Penginapan di Embunan Emas Homestay

2- Tudung tajaan Lovely Gift

3- Baucer Rm50.00 tajaan Mama and Kids Junction

4- Baucer Rm20.00 tajaan Cheapest Shopping Village

5- Baucer Rm50.00 tajaan Cucucamber Plus Size

6- RM50.00 tunai dari Asmah Cup Cakes

7- Brooch dan gelang kristal bernilai RM30.00 tajaan Broochbizz



Tempat Kedua

1- Sehelai kain ela tajaan Kedai Kain Kak Miah

2- Kek tajaan Melati Confectionery

3- Voucher RM20.00 tajaan Cucucamber Plus Size

4- Voucher RM10.00 tajaan Cheapest Shopping Village

5- Souvenir Cameron Highland tajaan Faezah MD

6- Gelang kristal dan keronsang bernilai RM20.00 tajaan Broochbizz



Tempat ketiga

1- Sehelai kain ela tajaan Kedai Kain Kak Miah

2- Kek lobak tajaan Kedai Kek Beatty

3- Percuma POS LAJU dengan pembelian di Cucucamber Plus Size

4- Brooch bernilai RM20.00 tajaan Broochbizz

5- Produk Catalist tajaan Faiz Kdo


Ini pembahagian hadiah oleh penganjur..
Terima kasih buat penaja..
Kalau ada apa-apa aral daripada pihak penaja..
Sila hubungi penganjur 012-5865752..
Harap-harap tak mungkir janji lah ye..

Untuk pemenang-pemenang..
Sila emel akak ALAMAT RUMAH (spiderx_woman79@yahoo.com)..
Untuk memudahkan penganjur dan penaja lain menghantar hadiah..

Penaja yang berjanji..
Boleh minta alamat pada penganjur..

Kalau hadiah itu voucher..
Anda boleh pesan barangan bersamaan nilai voucher..
Dan nyatakan bahawa anda pemenang dari PD50H..

Mengenai cenderahati untuk semua peserta..
Sedang diusahakan..
Besar kemungkinan adalah kalendar meja..
Sebab senang nak pos.. tak yah renyah2 akak nak balut apa bagai..
.
.
.

Papa ke Mami?

Balik dari Penang..
Tetiba Hasya sudah pandai panggil Papa & Mami..

Papa kata.. dia dulu..
Mami kata.. mami dulu..

Masa Kalep dah Papa dulu..
Bagi chance laa kali ni mami dulu..

Tapi..

Papa dia panggil... PAPA..
Mami dia panggil... AMA..

:((

Huhuhuhu...

Papa menang lagi!!
.
.
.

Tuesday, August 2, 2011

Kemeruduman Tahap Melampau...

Bukan hari-hari penuh camni..
Sejak puasa, nilah kali pertama..
Kalau tak.. 1oz pun seksa kemain..

Ikut hati nak je aku buka puasa..
Hasya minum EBM.. lepas minum dia bantai muntahkan balik..
Dah 3 hari berturut dia wat perangai camtu..
Tak sedap ler tuh...

Hari pertama 4 kali pam dpt 6.5oz..
Hari kedua paling kuciwa, dpt 4oz sahaja..
Hari ni cam mantop sket..
Pagi tadi dapat 1.5oz..
Tgh hari dapat 5oz.. :)

TAPIKAN...

Bersesuaian laaa dengan apa aku hambek semalam..
Air longan setengah jag..
Air soya 1 kotak..
Coklat 1 bar kecik tu..
Sup sawi satu periuk kecik..
Nasi 2 pinggan berbuka.. sepinggan sahur..
Air masak.. setiap sejam = 500 ml sepanjang malam..

Baru laa buleh mencapai 5oz tersebut..

Tak pedulik dah PDR ke hape..

Susah jugak puasa sambil menyusu ni..
Siang tak minum air.. so susu kurang..
Malam banyak minum air.. tp baby lak asyik nak ngempeng..

Inche Izman punya cadangan..
Bagi je FM.. aku pun ada terfikir gak..
Tapi tunggu dulu..
Selagi leh bertahan.. tahan ler lagi..
EBM ada la lagi takat utk 10-15 hari lepas lagi..
Kalau dah habis.. baru laa dipertimbangkan apa harus buat..
.
.
.

PENGUMUMAN - PEMENANG PROGRAM DIET 50 HARI :)






Akhirnya tamat sudah PD50H..
Dan kini bersambung dengan PDR..

Secara keseluruhannya..
Hampir semua peserta mengalami penurunan berat..
Antara banyak dengan tidak..
Ada yg berjaya menten tak naik tak turun..
Ada yg naik sket dari berat asal..

LWP juga memberansangkan...
Tak cam masa wat 99HTN..
Nak dapat lepas 5% pun hazab..

MakcikRehan antara 5%+ achiever hokay..
Tepukan gemuruh untuk beliau..

OK.. masa yang dinanti-nanti..
(ewah.. cam live telecast lak aku)

Tempat PERTAMA
JueRayyan dengan LWP 17.86% dan penurunan 12.5kg

Tempat KEDUA
Conchita dengan LWP 11.8% dan penurunan 9.5kg

Tempat KETIGA
Halimatun Saadiah dengan LWP 11.03% dan penurunan 10kg

Bagi tepukan super gemuruh!!!!!!

Bab hadiah, nanti akak akan bahagi seadil-adilnya..
Untuk 3 peserta..
Akan diumumkan kemudian..
Setelah akak berjaya mendapatkan konfirmasi terkini..

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH :)
.
.
.

Monday, August 1, 2011

Untuk yang rasa diri teraniaya :)

Hehehe..tajuk tak bley belah..
Almaklum laaa LAPOR!!!!

Ramai pulak yang komplen nama depa takde dalam senarai..

Ok-ok.. yang rasa dah buat 1-2-3..
Tapi tidak tersenarai..
Boleh tinggal jejak dekat sini..
Nanti akak akan menjejak kamu balik..

Ada kes-kes yg mana dah anta emel..
Tapi emel tak smpi pun sbnrnya..
Salahkan yahoo.. jangan salahkan akak :)


Apa tu 1-2-3?

Sila rujuk ENTRY INI..
.
.
.

Senarai Peserta Program Diet Ramadhan

1- Rafidah

2- Kak Mah Apam

3- Ila Nadia

4- Cik Kurk

5- Nieza

6- Suhana

7- Juerayyan

8- Noradzlina Kamdani

9- Rasidah

10- Conchita

11- Aullea

12- Liza Rosli

13- Khairini

14- Lily April

15- Siti Norhidayah

16- Amaniammar

17- Mimie Hamdan

18- Ummi Sa'adah

19- Alin Nilsa

20- Payja

21- Jija Sakura

22- Maria

23- Mia-Ina

24- Laila

25- Suhaini

26- Roshida

27- Nazariah

28- Kuazue

29- Halimatun Saadiah

30- Fadzliah

31- Zel

32- Raihan

33- Ezey

34- Nina Azlina

35- Salmah Kobis

36- Zarina Parit

37- Nooraini

38- Eden

39- Ivy

40- Beatty

41- Nursyatila

42- Cik Juju

43- Zareene

44- Faiz Kdo

45- Noradzlin

46- Mazean

47- Fatimah Radzi

48- Siti Rohani

49- Nurul Huda Jalil

50- Nurhani Azreen Noorazyze

51- Maryam

52- Nor Hayati

53- Anita Osman

54- Nisa Tarmizi

55- Rizatul Isra

56- Tina Othman

57- Nor Isdianty

58- Isfarina

59- Ima Mustafa

60- Siti Juliana

61- Nor Aslida

62- Aznita

63- Ibah

64- Dewi Maharani

65- Sharifah Muriza


Next step..
Sila masuk ke Program Diet Ramadhan di FB Group
Sapa yg tak dapat join, sila bagitau..
Nanti aku add..
Bagi yang takde FB.. leh emel..

1- NYATAKAN BERAT ANDA PADA 1 Ogos 2011
2- URL blog @ FB (mengisahkan PDR) jika ada

.

.

.

PENDAFTARAN SUDAH TAMAT (sehingga comment 80)


akan di update pada 31 malam
.
.