Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Tuesday, March 15, 2016

Menyusuri Banda Acheh Part 6 - Masjid Rahmatullah, Lampuuk

Entry sebelum ni pasal Pantai Lhok Nga...
Gambar di bawah adalah Lhok Nga selepas Tsunami..
Laut tu laa yang anak2 aku dok mandi..

Seperti yang aku cerita sebelum ini..
Kawasan Lampuuk ni memang di sapu bersih oleh gelombang Tsunami..
Hancur Luluh Lantak bak kata orang Acheh..
Namun..
Ada sebuah masjid yang terselamat di kawasan ini..


Ajaibkan..
Kalau Masjid Raya tu.. agak jauh juga dari laut..
Masjid Rahmatullah ni..
Betul-betul sebelah laut..

Mula nak jadi Tsunami tu..
Ada gempa dulu..
Time gempa ni dah banyak penduduk lari..

Lepas tu... Tiba-tiba air laut surut..
Surut jauh ke tengah..
Sampai ikan semua menggelepar tak dapat air..

Beberapa minit lepas itu..
Air pasang tiba-tiba dan menerjah pantai..
Itu laa gelombang Tsunami..
Dipercayai di kawasan ini.. Air mencecah ketinggian 10 meter..


Masa Tsunami membadai..
Air tinggi sampai ke kubah Masjid Rahmatullah ni..
Memang tenggelam habis..

Yang gambar belah kiri tu selepas Tsunami..
Yang belah kanan tu gambar terkini..
Pokok2 semua dah tumbuh semula..
Pantai pun dah tak nampak dari masjid ini..

Ada sebuah rumah 2 tingkat kat kawasan ini..
Masa Tsunami.. rumahnya terpotong 2..
Belah atas hanyut ke lain..
Belah bawah hanyut ke lain..


Sebelah kanan tu bendera Indonesia..
Belah kiri tu bendera Turki..
Seperti yang diceritakan sebelum ini...
Kawasan Lampuuk ini dibangunkan semula oleh Kerajaan Turki..
Termasuklah Masjid Rahmatullah ini..



Walaupun masjid ini sudah diperbaiki..
Namun ada satu sudut sebelah kiri masjid..
Yang dibiarkan tidak dibaiki..
Untuk menunjukkan kesan Tsunami ke atas masjid berkenaan..

Boleh tengok tiang-tiang yang rosak..
Lantai yang tercabut..
Besi-besi bergelantangan..

Masa Tsunami..
Masjid ini rosak teruk sebenarnya..
Cumanya ia tidak hanyut..












Kalau ditanya dengan orang sana..
Katanya itu semua balasan..
Seram pulak aku wei..
Malaysia ni dah macam2 onar..
Banyak benda2 pelik dah jadi amalan...

Sekali kena sapu macamni..
Baru nak tersedar!!
.
.
.

No comments: