Nuffnang Ads

Tak Paksa.. Tapi I Suke taw.. :)

Monday, July 24, 2023

Love O2O

 


Tengok sebab Yang Yang ni hensem bebenor
Jalan ceritanya biasa-biasa aje
Lebih kurang cam drama jam 7 malam
Sweet-sweet gitu

Drama ni adaptasi novel


Ada dua dunia dalam drama ni
Satu alam nyata
Satu lagi dalam alam game

Game ni namanya A Chinese Ghost Story


Heroin, nama Wei Wei
Hero, nama Xiao Nai

Dalam game ni mula2 Wei Wei ni partner dengan orang lain
Lepas tu dia kena dump
Dan Xiao Nai pulak jadi partner dia lepas tu

Game ni bila ada battle nak kena bercouple-couple



Wei Wei dengan Xiao Nai ni satu university
Cuma lain batch
Xiao Nai ni cam dah tahun akhir
Tengok rupa pun tau dah laa kan
Confirm-confirm dia laa paling pandai, paling aktif, semua terpaling

Masa ni pun dia dah ada company Start up sendiri
Nanti si Wei Wei ni intern kat pejabat dia


Aku lupa dah apa masalah dalam drama ni
Rasanya banyak masalah pasal game2 tu laaa
Pastu masalah company Xiao Nai ni

Tapi laaa
Dua watak ni cam too good to be true
Terlalu perfect sangat

Boleh laa wat layan2 habiskan masa




Last-last rasanya depa kahwin

Happily ever after ;)

Cumanya heroin drama ni dah tak berlakon skang ni
Dia terlibat dengan masalah tingkah laku dan percukaian
Jadi drama ni pun telah di ban dekat China sana
.
.
.






Hidden Love

 


Satu lagi drama mudah
Tak berat kepala
Wat raso-raso cuci mata

Hidden Love ni adaptasi dari komik
Lebih kurang cam drama Our Secret
Ni kisah cinta dari zaman sekolah, zaman U sampai laaa zaman kerja


Heroin, Sang Zhi ni dah crush dengan Hero, Duan Jiaxu dari zaman dia sekolah rendah
Jiaxu ni kawan baik abang dia
Selalu laa datang2 lepak rumah mak dia
Jiaxu asalnya dia layan cam adik je
Sampai laa Sang Zhi nak besar elok lawa
Tup-tup dia pun suka Sang Zhi ni


Ikutkan takde laa banyak mana pun beza umur depa ni
Beza 5 tahun
Tapi dalam drama ni cam masalah besar sangat bab umur ni


Ni abang Sang Zhi
Kira penyeri dalam drama ni
Dia dengan Sang Zhi ni tak pernah ngam
Ada je nak digaduh


Masa zaman sekolah menengah, Jiaxu ni dah masuk U
Lepas dia habis belajar, dia balik semula ke daerah asal dia kat Yihe
Kerja kat sana


Sang Zhi pulak, pasal crush sangat dengan Jiaxu ni belajar laa kuat2
Dan dia memohon masuk U kat Yihe supaya dekat dengan Jiaxu
Padahal time ni dia dah ada salah sangka dengan Jiaxu
Dia ingatkan Jiaxu dah ada girlfriend


Bila Jiaxu tahu yang Sang Zhi ada kat Yihe, sukalah dia
Tapi depa tak serta merta jumpa
Terserempak lepas tu baru jadi rapat

Lama lepas tu barulah Sang Zhi tahu yang Jiaxu tak pernah ada girlfriend pun
Yang dia ada ialah masalah hidup disebabkan insiden ayah dia


Disebabkan ayah Jiaxu ni pernah terlibat dengan eksiden yang menyebabkan kematian, Jiaxu terpaksa tanggung bayaran pampasan yang sangat tinggi kepada keluarga si mati
Ayah dia kena denda sebab memandu ketika mabuk
Lepas tu ayah dia pi bunuh diri tapi tak mati, koma

Disebabkan masalah ni ada laaa beberapa kekangan dalam hidup Jiaxu ni
Parent Sang Zhi yang mmg dah tahu pasal ni pun cam keberatan bila tahu depa dah couple



Sang Yan abang Sang Zhi ni awal2 marah gak kawan dia couple dengan adik dia
Pasal umur 5 tahun tu jelah
Lama-lama dia okay je






Itu jelah masalah dalam drama ni
Senang je selesainya

Okay laa tu kan
Chen Zheyuan handsome sangat 
Padan laa dengan heroin dia tu
.
.
.











Sunday, July 23, 2023

Double Savage

 


Tengok drama ni sebab tak pernah tengok lagi Ohm Pawat berlakon
Ikutkan aku tak suka sangat genre mafia samseng2 ni
Sebab banyak mengarut bukan-bukan je


Kisah utama drama ni adalah pasal adik beradik
Depa bertiga anak kepada pasangan peniaga runcit
Masa kakak dia lahir, bapak depa takde laa happy sangat sebab dia berharapkan anak lelaki
Anak kedua, hero (Pakorn) dapat laa lelaki


Malangnya sejak Pakorn ni lahir, macam2 musibah kena kat family depa
Sampai bapak depa bangkrap
Maka dia beranggapan yang si Pakorn ni anak bawa sial
Dan memang dia tak sayang lansung

Sampai laa yang bongsu, Pawin lahir
Baru laa kehidupan depa beransur baik
Jadi bapak depa sayang sangat laa dengan Pawin ni dan benci sangat dengan Pakorn
Sampaikan dua beradik ni sekolah pun lain2 


Satu hari ada budak perempuan baru pindah ke kawasan depa
Jadi laa depa bertiga ni kawan baik
Akhirnya jadi laa cinta tiga segi
Dua beradik ni suka pada Rungtawan (heroin)
Tapi depa sama-sama cam janji takkan bercinta dengan Rung ni


Tapi Rung ni suka Pakorn
Malangnya dia telah menjadi kambing hitam
Pakon ni sebab bapak dia benci dia sangat, dia jadi malas nak teruskan belajar
Kena pulak ada satu insiden, dia selamatkan ketua mafia
Teruslah dia jadi pengikut kumpulan pengedaran dadah tu


Sampailah satu hari ada geng Pakorn ni wat tahana kat dia
Tapi Rung pulak yang jadi mangsanya
Sampaikan dia kena larikan diri supaya tak ditangkap polis


Ni ketua Mafia tu, nama Ahlan
Dalam drama ni dia ala2 robin hood
Buat jahat untuk bantu orang-orang miskin
Itu yang Pakorn sanggup untuk ikut Ahlan ni


Pakorn ni awal2 kan dia kata kat adik dia yg takkan bercinta dengan Rung
Tapi dia mungkir janji
Itu laa detik permulaan persengketaan 2 beradik ni
Lepas Rung hilang, Pawin masuk akademi polis
Dan Pakorn terus dengan geng mafia dia


Lama lepas tu, Rung muncul semula tapi dia dah berubah
Dia dendam dengan dua beradik ni sebab tanggapan dia pasal depa la hidup dia musnah
Jadi dia nak balas dendam

Aku kat sini lost dah
Takde apa dendam pun yang Rung ni berjaya balas
Dendam kat orang lain, yang matinya watak-watak lain

Yang si Pawin pulak, mula2 jadi polis cam bagus je
Sudahnya dia pun join polis2 lain jadi polis yang melindungi orang jahat
Akhirnya tertangkap
Pakorn pulak senang citer
Wpun ada je banyak jenayah dia lakukan
Tapi semua gone with the wind

Itu aku kata malas tengok citer mafia Thailand ni
Logik lagi citer hindustan aku rasa
.
.
.







Wednesday, July 12, 2023

Celebrity

 

Drama ni sangat direkomendasi untuk tengok
Boleh tengok di Netflix
Berkisar tentang kehidupan influencer di Korea
Dari takde apa-apa
Dapat jadi pempengaruh
Lepas tu banyaklah sisi gelap yang terbongkar


Heroin nama Seo A Ri
Asalnya dia ni orang tak penting level biasa-biasa sangat
Cumanya masa dia sekolah, pernah laa jadi anak orang kaya
Ayah dia salah langkah, mati dan family dia terus jadi miskin
Mak dia sekarang hanyalah tukang jahit
Dan dia sendiri menjual kosmetik secara jualan lansung

Sampailah satu hari dia terserempak dengan kawan zaman sekolah, Oh Min Hye
Dia agak terkejut sebab Min Hye tak macam yang dia kenal zaman sekolah
Rupanya Min Hye ni merupakan seorang influencer level A+
Bergaul dengan socialite dan influencer2 kaya

Satu hari Min Hye  ni jemput A Ri datang ke satu majlis
Kat sini laa dia jumpa hero
Hero, Han Ju Kyung merupakan CEO sebuah syarikat terkemuka yang banyak terlibat dengan para influencer dalam mempromosikan produk syarikat dia

Kacakkan drummer CN Blue ni sekarang
Watak dia dalam drama ni takde laa menyerlah sangat
Tapi boleh laa untuk membantu-bantu heroin bila dalam kesusahan


Ini pulak cinta 3 segi sebelum hero jumpa heroin
Jun Kyung ni asalnya bercinta dengan Shi Hyun
Tapi disebabkan keluarga hero jahat banyak membantu kerjaya ayah Shi Hyun, maka dia pun berkahwinlah dengan hero jahat.

Tengah2 drama cam rasa nanti Shi Hyun ni akan jadi jahat nak rampas hero
Tapi takde pun


Hero jahat ni ada adik
Adik dia pun sama jahat
Suka membuli dan buat benda semberono
Tapi sebab dia dari keluarga berpengaruh & family ada syarikat guaman terkemuka
Banyaklah kes dia yang tutup camtu je

Selain itu, adik hero jahat ni juga terlibat dengan dadah
Yang akhirnya menyebabkan kematian
Kejadian ni pulak berlaku depan A Ri
Walaupun dia dah report polis, tapi polis semua makan rasuah
Yang nak jalankan siasatan telus akan kena tukar ke daerah lain

Ni semua influencer fake yang depan-depan cam bidadari
Tapi kat Korea tu konon depa ni paling berpengaruh
Padahal saling dengki mendengki
Terutamanya kawan sekolah A Ri
Dia sanggup buat apa saja untuk naikkan follower


A Ri ni awal-awal nampak cam dia tak kisah sangat bab-bab follower ni
Tapi bila dia asyik kena keji & kena hina
Dia bertekad untuk ubah nasib dia
Dia pun nak jadi celebrity media sosial

Cumanya camne terkenal sekali pun dia
Masih tidak dapat diterima masuk ke dalam circle sedia ada
Sikap dia yang selalu melawan arus, membuatkan depa benci kat dia
Nak pulak dia bukan kaya raya

A Ri juga guna cara tikam belakang untuk naik
Ada seseorang tak dikenali yang membantu dia
Tapi akhirnya dia balik kena tikam juga sudahnya


Sempatlah dia menikmati dia rich and famous sebelum dia jatuh teruk
Jatuh pun sebab sabotaj dari influencer lain
Selain dari terpalit dengan kes pembunuhan dadah
Akhirnya A Ri ni tak tahan dengan tekanan, dia ambil keputusan untuk bunuh diri

Lepas dia mati 
Amanlah sekejap dunia tipu-tipu celebrity media sosial ni
Sampailah tiba-tiba muncul LIVE STREAM

Tak boleh lah nak tulis sini live stream ni pasal apa
Kenalah menonton sendiri

Apa pun Kak Zel suka drama ni
Takde cintan cintun sangat
Dan memaparkan realiti kehidupan pempengaruh media sosial ni
.
.
.














Sunday, June 25, 2023

Irresistible

Lama dah drama ni dok ada dalam Viu
Tapi skip dulu sebab kenal Lee Thanat je
Sekali tu tertengok dia punya klip dekat TikTok
Nampak cam best la pulak
Terus cari kat Viu dan tengok

2 hari je aku marathon 22 episod
Best drama ni wpun plot dia cam letih sket nak mengikut 


Bagi kenal hero (Kimnant) dengan heroin (Mookrin) dulu
Depa berdua ni mmg saling mencintai dari zaman kolej lagi
Abang heroin adalah suami kepada kakak hero
Depa ni sama je, takde keluarga lain kecuali abang dan kakak masing-masing

Depa juga merupakan partner in business
Kalau ikut cerita ni depa macam ada ID company
Takde masalah pun dalam hubungan depa ni
Ikutkan dah dekat nak kahwin


Ni pulak 2nd heroin (Paktra) , watak jahat
Dia ni kawan baik hero dari zaman kolej juga
Of course laa dia suka pada hero
Tapi hero pulak nak kahwin dengan orang lain

Sehinggalah terjadi satu tragedi ngeri
Abang heroin (Thada) telah membunuh isterinya (Wi)  iaitu kakak hero
Suami isteri ni pulak berkerja di hotel kepunyaan ayah 2nd heroin

Atas sebab kekurangan bukti dan bantuan Paktra, Thada ni dapat lepas
Motif Paktra ni tolong ialah untuk memporak perandakan hubungan Mook dan Kim
Dia berjaya
Sebab Mook percaya sangat yang abang dia baik
Yang Kim pulak percaya yang Thada bunuh kakak dia


Sebabkan Paktra tolong, Thada lepas dari hukuman
Kimnant konon-konon cam redho je
Dia cakap kat Mook yang majlis perkahwinan depa akan diteruskan macam biasa
Mook pun rasa okay la sebab abang dia pun dah sabit tak bersalah



Malangnya pada hari perkahwinan tersebut
Pengantin perempuan telah bertukar
Kimnant telah menukar pengantin dari Mookrin kepada Paktra
Sampai pengsan la Mook terkejut Kim tak nak kahwin dengan dia
Dia dah siap pakai baju pengantin kot


Bermula persengkataan depa berdua ni
Tapi sengketa2 pun terlanjur juga 2-3 kali
Hampeh kedaung
Sudahnya heroin ni pregnant anak hero

Paktra pun tak nak kalah juga
Bila dia tahu yang Kimnant ada simpan sperma di bank sperma, dia telah memalsukan sijil perkahwinan untuk buat pemanian beradas
Depa ni kahwin majlis je tapi tak daftar sebab Kim nak balas dendam je
Berjaya pulak tu dia pregnant
Kiranya skang si Kimnant ni bakal dapat 2 anak



Akhirnya terbukti la yang abang Mookrin ni memang jahat
Jenuh juga laaa
Kim ni adalah beberapa episod dia jadi buta
Time buta tu Mook jaga dia
Kira depa dua ni cam tak pernah berpisah pun even Kim dah kahwin

Aku laa dalam drama ni kesengsaraan Mook dan Pak adalah salah si Kim ni
Dia senang2 je kahwin dengan orang lain sebab dendam


Ni pulak terlampau baik
Asyik positif je dengan apa-apa situasi pun
Abang dia mmg tunjuk jahat pun dia tak percaya juga
Masih yakin abang dia tak bersalah


Dua watak ni aku suka
Sorang tu peguam & kawan pada Mook dan Kim
Sorang lagi kawan Mook, seorang youtuber terkenal
Saling tak suka & bergaduh setiap kali jumpa
Akhirnya jatuh cinta juga

Apa pun drama ni seronok untuk ditonton
.
.
.









Friday, June 23, 2023

The Roots

Aku tengok drama ni dah lama dulu
Sampai lupa jalan cerita dia camne


Genre dia macam GL (Girl Love)
Tapi bukan
Lebih kepada family drama & revenge


Heroin ni dia anak orang susah
Ayah sakit-sakit & adik ramai
Jadi ada satu keluarga kaya ni ambik dia jadi anak angkat
Kiranya dia mmg tinggal dengan family kaya ni
Sementara ayah dan adik2 dia akan ditanggung sepenuhnya oleh family kaya tu


Awal-awal tu okay je hidup dia
Ada kakak angkat yang sangat sayangkan dia
Sampai laa ada beberapa tragedi yang menimpa keluarga kaya ni
Kakak angkat yang dulu okay dah serupa psiko
Tapi tak leh salahkan dia juga
Ayah dia yang sebabkan dia jadi obses dengan heroin



Ayah dia pilih kasih
Kemudian layan dia buruk
Kahwinkan dia dengan lelaki jahat
Heroin ni lah yang macam jadi penenang hati dia


Lama-lama kakak angkat dia ni cam obses gila2 dengan heroin
Tak bagi dia keluar
Tak bagi dia belajar
Tak bagi berkawan-kawan
Sampai heroin beberapa kali cuba larikan diri
Tapi tetap kakak jahat dia ni akan jumpa
Kakak angkat dia ni ada power
Polis ke.. menteri ke.. high social society semua dia ada kabel


1st hero kiri
2nd hero kanan
2-2 ni tolong nak lepaskan heroin dari cengkaman kakak angkat dia
Sambil-sambil tu ada laa sikit2 hal-hal lain yang terbongkar



Salah satu cara yang depa cuba ialah kahwin
Tapi time majlis ni, kakak angkat dia mengamuk sakan
Rupanya dia ni bukan takat psiko biasa
Dah level sampai bunuh orang



Bila tahu kisah hidup dia
Kesian laa juga
Nasib laa dia disahkan ada gangguan jiwa
Jadi takde laa kena hukum bunuh
.
.
.